Kenali Aku Lebih Dalam Lg

Pandangan Pertama Bukanlah Pandangan Terbaik.. Dari pandangan xbermakna kita dpt menyelami hati dan perangai seseorang.. Meningkatnya usia bermakna meningkatnya kematangan.. Apa yg pernah kita lihat suatu masa dahulu xsemestinya masih sama masa kini.. Perwatakan insan susah diduga.. Ambil Tahu, Ambil Berat @ Menyebok mana satu kita xkan dpt jangka.. Zaman kini ramai yg pura2.. Dalam perubahan yg sgt pesat better berdiam dari menyampuk "Silent Is Better Allah Itu Ada" yg penting aku bahagia..



Monday, June 20, 2011

TANGGUNG JAWAB

TANGGUNG JAWAB ISTERI

· Sentiasa malu terhadap suami.

· Merendahkan penglihatan ketika berhadapan dengan suami sebagai tanda hormat.

· Menta'ati perintah suami.

· Diam ketika suami sedang berkata-kata.

· Berdiri ketika suaminya datang dan ketika keluar.

· Menyediakan dirinya untuk suaminya ketika hendak tidur.

· Memakai wangi-wangian.

· Memelihara mulutnya dengan wangi-wangian.

· Sentiasa berhias dihadapan suami.

· Tidak berhias ketika suami tidak ada.

· Tidak khianat terhadap suami dalam hal tempat tidumya dan hartanya.

· Menghormati keluarga suami dan para kerabatnya.

· Merasa puas jika diberi sedikit oleh suaminya.

· Tidak menolak ajakan suami untuk bejima'

· Tidak boleh berpuasa sunat tanpa izin suami.

· Tidak boleh keluar dari rurnahnya kecuali dengan izin suami.

TANGGUNG JAWAB SUAMI

1. Suami adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluaiga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mangawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan ke@a, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.

2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat beke@asama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.

3. Pentadbiran suami di dalam rumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan nunahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.W mensifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.

4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.

5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh (safah) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin walinya. Orang yang mempunyai keinginan berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin, kata AI-Syafiyyah, sunat tidak berkahwin bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.

1. Wajib memberi nafkah kepada isteri
2. Membayar mas kahwin
3. Melayan isteri dengan penuh kasih mesra dan sayang
4. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada isteri
5. Memberi layanan yang baik samada dari segi tingkah laku dan perbuatan.
6. Memenuhi nafkah zahir dan batin
7. Menjaga dan memberi perlindungan kepada isteri
8. Berlaku adil kepada semua isteri jika berpoligami

No comments:

Post a Comment